Friday 27 January 2012

4 sebab kenapa kita malas solat ??

... assalamualaikum ...

hari baek , bulan baek ni , eloklah kita mulakan dengan tazkirah kecil-kecilan lah ye anok-anok (bajet baek) :) . entri kali ni bukanlah nak aibkan sesapa or mengata apa lagi mengutuk . cuma untuk renungan bersama , termasuklah aku . bagi aku , memang jadi adatlah zaman sekarang kalau kita tinggal solat . tengok saja keadaan sekeliling kita . sedangkan yang bertudung pon still ada yang tinggal solat , apatah lagi yang free hair . *yes , tak semua yang free hair tak solat . dan tak semua yang bertudung tinggal solat . :)

sebab-sebab kenapa kita malas solat :-

>>> iman dalam diri tak kuat <<<
>>> sentiasa bergelumang dengan dosa dan melakukan maksiat <<<
>>> sentiasa dengar hasutan syaitan <<<
>>> keadaan sekeliling menyebabkan kita sibuk dan tak ada masa <<<
>>> still rasa diri kita muda and masa untuk enjoy still banyak <<<

pengalaman aku :-

masa aku pegi ceramah lesen moto beberapa bulan yang lepas , aku terjumpak kawan lama masa sekolah rendah aku dulu dengan kawan-kawan dia . masa tu time rehat and nak solat zohor . aku join diorang sebab memang aku tengah tak ada kawan . masa dalam tandas , aku terdengar kawan kepada kawan aku tu cakap pasal aku , "kawan hang tu tak semayang ka ? nampak muka alim dah" ... 

di sini aku nak tegaskan bahawa , kalau dah orang tu tak boleh nak solat (dtg bulan) , macam mana nak solat derr .... pikir lah ... takkan benda tu pon oksigen tak bawak sampai hotak kau supaya kau FIKIR ... kita wanita , perempuan , muslimah , annisa' ,,, ada masa kita diharamkan untuk melakukan apa yang wajib . bukannya ko tak tau , tapi saja tak nak ambek taw sebab dalam kepala hotak ko , pompuan yang nampak baek , ayu (perasan pi lah sikit) , kalau tak buat yang wajib memang pelik . 
masa aku dengar dia cakap tu , aku macam nak tanya dia , tapi aku tak tanya lah , sebab aku pon ta pernah cakap dengan dia . so , seganlah untuk aku berbuat demikian yer tuan-tuan puan-puan sekalian . soalan yang ada dalam kepala hotak aku untuk aku nak attack dia , wacccchaaaa !! "hawat hang tak semayang yang dok kata kat orang ? pi ja la ... hang boleh semayang kan ? elleh ... ckp belakang mengata orang boleh la . bila orang suQoh buat , tak nak pulak" ... hehe . agak kureng ajer ... biasalah ,,, orang macam aq ni boleh dikategorikan sebagai WANITA YANG MULUT LACK OF INSURANS .. muahahaha ... *yes , i admit that . memang betoi pon . tiada yang benar , melainkan yang benar-benar belaka . tapi tak lah sampai tak dak pasai , nak cari pasai  :)

moral of the story :-

>>> don't judge the book by it's cover <<<

*bukan nak kata , tp ni fakta ; kalaw area langkawi , sampai sekarang ni , aku tak pernah nampak lagi perempuan yang free hair dekat masjid-masjid or surau-surau berdekatan*

sekian saja ceramah untuk kali ni . buku akaun "kepunyaan" dato' dr. professor tuan encik cikgu safuan zuhdi sudah memanggil-manggil namaku .... -.-'
... wassalam ...

AKU DOAKAN SUZYANA NAIM SERTA RAKAN-RAKANNYA CEMERLANG DALAM SPM 2012 . AMIN 

No comments: